Wednesday, November 18, 2009

JUST FOR FUN...

:::ANTARA LAWAK HAMPEH YANG AKU BACA KAT SATU BUKU ::::

Sistem database automatik mengatur kehidupan manusia - Selamat dtg ke
dunia IT.
Rakaman Percakapan telepon pesanan Pizza tahun 2850


Operator          : terima kasih anda telah menghubungi Pizza Hot, boleh saya bantu....
Pelanggan      : heloo, saya nak pesan Pizza
Operator        : Saya perlukan no I/C encik untuk memproses permohonan   seterusnya.
Pelanggan     : OK, sekejap. No nya : 790615-08-5331

Operator        : Ok Encik Rahmat ,berumur 41 tahun, encik tinggal di Jalan Hang Tuah no.16, Seksyen  
                       18/34D, Shah Alam. nombor telefon rumah : 03 77726378, No pejabat : 03 51912870 ext 999     
                        dan  no telefon bimbit :   anda 016-6666222, encik menelefon dari mana?
Pelanggan    : dari rumah, eh dari mana kamu tahu semua no tel saya?
Operator       : Oh, kami dihubungkan terus ke database pusat.
Pelanggan    : Oklah, saya nak pesan Seafood Pizza - pakej family
Operator       : Itu bukan idea yang bagus encik
Pelanggan    : kenapa pulak?
Operator      : Dari medical record cik , encik memiliki tekanan darah tinggi dan kolesterol yang berlebihan dari  
                    paras normal.
Pelanggan : Jadi awak rekemenkan apa?
Operator    : Mungkin encik boleh pesan Low Fat Hokkien Mee Pizza
Pelanggan : Erm, macamana kalau saya tak suka pilihan tu?
Operator    : Hmmm minggu lalu pakcik baru pinjam buku yang berjudul  "Popular Hokkien Dishes"dari   
                   perpustakaan negara di Jalan Tun Razak.
Pelanggan : Ok lah. Ikut jek la. So, berapa harga pekej family yg saya pesan tadi?
Operator    : Tapi pakej family kami takkan cukup untuk anak encik yang berjumlah 7 orang .., jumlah 
                   keseluruhan adalah RM80.00
Pelanggan : Takpe, cukup tu. Ok Saya akan bayar dengan kad Visa saya.
Operator     : Owh, saya rasa encik patut bayar cash sebab had limit kad Visa pakcik dah tamat dan ada 
                   outstanding bil di Maybank sebanyak RM4050.00 sejak bulan Ogos lalu , itu belum termasuk caj 
                   denda untuk tunggakan bayaran bulan rumah encik.
Pelanggan : Uih? Oklah, saya ke ATM untuk withdraw duit sebelum penghantar pizza sampai , ke rumah saya.

Operator   : Owh, rasanya pilihan itupun tak mungkin sebab rekod akaun encik dalam kesemua empat bank iaitu 
                  Maybank, BCB, Ambank dan Public Bank menunjukkan baki kurang dari RM1.00
Pelanggan : Cis! Sudahlah! Hantar aja la pizza tuh, saya bayar cash kat sini. Berapa lama Pizza akan di hantar?

Operator : sekitar 45 minit encik, tapi kalau encik rasa terlalu lama

                 dan tak suka menunggu, encik boleh ambil sendiri dengan motor kapcai  pakcik.

Pelanggan : APA ????

Operator    : Menurut catatan kami, encik memiliki motor kapcai tahun 2015 dengan no pendaftaran BWW 2114 
                   betul kan pakcik?
Pelanggan : Cis! Melampau betul! Celaka gile. Sape bagi bukak rekod    org lain sesuka hati ni? ada yg nak  
                  kena  belasah ni??!!
Operator   : Hati-hati dengan apa yang encik ucapkan. Takkan encik dah   lupa tarikh 15 Mei 2010 pakcik 
                   pernah  kena tahan lokap sebulan sebab bercakap kasar dan cuba menyerang seorang polis di 
                   Plaza ALam Sentral, Shah   Alam.
Pelanggan : (Terdiamm....)
Operator     : Ada nak tambah yang lain encik?

Pelanggan : Takde, eh tapi kalau pesan pakej family ada percuma 2  botol coca cola kan?

Operator   : Betul encik, tapi menurut catatan kami encik ada juga  mengidap DIABETES, jadi kami tidak mau 
                  mengambil sebarang risiko.....
Pelanggan : KURANG AJAR!!!!!!!!!!!!!!! BATALKAN SAJA SEMUA!

Operator    : Terima kasih atas panggilan pesanan encik, untuk sebarang  komen, kritikan dan pandangan, encik 
                   boleh mengisi form online pada website kami,username dan passwordnya tercetak pada bahagian 
                   bawah kotak pizza yang encik pesan... terima kasih kerana telah menghubungi  Pizza Hot....



lawak untuk hiburkan hati... =)
















No comments: