Friday, December 24, 2010

Merry Christmass And Happy New Year......

Kepada Semua pembaca blog...

Merry Christmass And Happy New Year 2011.

 From : Nolida Shaazlin And Family...






Nota Pat-pat siku lipat : Tahun baru dah semakin hampir..apakah azam saya???

HAPPY BIRTHDAY BOY.. AMEER..

19 Disember yang lalu tepat jam 3.30 petang seperti yang tertera pada surat lahir ,genaplah putera hatiku berumur 2 tahun...
Happy Birthday sayanggg..
Semoga anak ibu berjaya di dunia dan diakhirat..
Love U sayang...



Graphics for Happy Birthday Comments
 


nota pat-pat siku lipat  :- Ameer dah berumur 2 tahun..cepat betul masa berlalu



 

Thursday, December 9, 2010

KURSUS BTN...

Salam pembaca blog sekalian..

Dah lama tak meng update blog ni..sibuk???ntah....

tarikh pi kursus : 29-30 N0vember 2010

kali ini aku nak habaq pasai   kursus SSM dibawah Birotatanegara.Semua penjawat awam maklum, SSM ini sebenarnya Sistem Saraan Malaysia PTK 1. tapi saya menyertai kursus ini selama 2 hari sahaja sebab program ini dianjurkan khas untuk penjawat awam yang kurang upaya atau menghidap penyakit kronik/serius. Manakala yang lain 5 hari tapi yang bestnye penuh adventure dan berpeluang tgk cerita "Hati Malaya"  (info dari kawan-kawan yang telah menyertainya..)

Kursus ini berlangsung selama 2 hari..Pada hari pertama pendaftaran,seramai 30 orang OKU (jangkaan aku je la) menyertainya.Oku pendengaran 5 orang, oku buta ramai juga la..yang berkerusi roda 3 orang dan  cacat kaki 4-5 orang..Yang paling aku kagum ialah OKU Buta, mereka semua belajar sampai U dan menjadi pendidik di UPSI, di ofis ini jugalah aku berkenalan dengan OKU Buta dimana tempat mak saudaraku bekerja dulu sebagai PPM di Sek Pendidikan Khas Alma.

Selepas itu, kami dibahagikan kepada 2 kumpulan,  kumpulan aku, deaf seramai 5 orang fasilitatornya ialah En Maamor Saad.

Dipendekkan cerita.. 
Sepanjang 2 hari berkampung di Pejabat BTN, banyak yang telah kami pelajari iaitu Kontark Sosial, Realiti Politik Dan carta Corak Pemerintahan malaysia, Kerajaan dan Kedaulatan, Perlembagaan negara (yang selama ini memang tak pernah baca), Tanah Air dan rakyat...

Hari terakhir kursus, kami diberi ujian sebanyak 60 soalan untuk kumpulan sokongan 2 dan 40 soalan untuk kumpulan sokongan 3. Aku gred N17, kumpulan sokongan 2, boleh tahan juga  soalannya, 60 soalan yang berkaitan dengan sejarah malaysia...(maklumlah aku minat sejarah semasa tingkatan 5 dan dapat kepujian dalam paper sejarah)

Aku tak sempat snap gambar sebab 2 hari tu penuh dengan jadual..semua peserta diberi cenderahati berupa...


                                                                          Cenderamata

Tag Peserta yang aku pakai sepanjang kursus





nota pat-pat siku lipat :  Kursus tu walapun dalam bangunan, tapi pebug dengan informasi dan ilmu yang penuh di dada...

Monday, December 6, 2010

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1 MUHARRAM 1432 HIJRAH







Doa Akhir Tahun
Bacalah doa ini tiga kali saat menjelang akhir tahun baru Islam, bisa dilakukan sesudah ashar atau sebelum maghrib pada tanggal 29 atau 30 Dzulhijah. Dengan doa ini kita memohon ketika kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini akan mendapatkan ampunan dari Allah Swt. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diridhai oleh Allah Swt yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal shaleh tersebut diterima oleh Allah Swt.
Doa Akhir Tahun
Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Wa shallallaahu 'ala sayyidinaa Muhammadin wa 'alaa aalihi wa shahbihii wa sallam.
Allaahumma maa 'amiltu fi haadzihis-sanati mimmaa nahaitani 'anhu falam atub minhu wa lam tardhahu wa lam tansahu wa halamta 'alayya ba'da qudratika 'alaa uquubati wa da'autani ilattaubati minhu ba'da jur'ati alaa ma'siyatika fa inni astaghfiruka fagfirlii wa maa 'amiltu fiihaa mimma tardhaahu wa wa'adtani 'alaihits-tsawaaba fas'alukallahumma yaa kariimu yaa dzal-jalaali wal ikram an tataqabbalahuu minni wa laa taqtha' rajaai minka yaa karim, wa sallallaahu 'alaa sayyidinaa Muhammadin Nabiyyil ummiyyi wa 'alaa 'aalihii wa sahbihii wa sallam
Ertinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya, dan Engkau telah mengajak saya untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat. Karena itu ya Allah, saya mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahan-Mu.
Segala apa yang telah saya kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah.
Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang Ummi dan ke atas keluarga dan sahabatnya.

Doa Awal Tahun
Bacalah doa ini tiga kali saat kita memasuki tanggal 1 Muharam. Bisa dilakukan selepas maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita sebagai Mu'min memohon kepada Allah Swt. agar dalam memasuki tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan.
Doa Awal Tahun
Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Wa shallallaahu 'alaa sayyidinaa Muhammadin wa 'alaa 'aalihi wa shahbihii wa sallam.
Allaahumma antal-abadiyyul-qadiimul-awwalu, wa 'alaa fadhlikal-'azhimi wujuudikal-mu'awwali, wa haadza 'aamun jadidun qad aqbala ilaina nas'alukal 'ishmata fiihi minasy-syaithaani wa auliyaa'ihi wa junuudihi wal'auna 'alaa haadzihin-nafsil-ammaarati bis-suu'i wal-isytighaala bimaa yuqarribuni
ilaika zulfa yaa dzal-jalaali wal-ikram yaa arhamar-raahimin, wa sallallaahu 'alaa sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi wa 'alaa 'aalihi wa shahbihii wa sallam
Ertinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung.
Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, Nabi yang ummi dan ke atas para keluarga dan sahabatnya.

Thursday, November 11, 2010

AYAT-AYAT POWER LEPAS KAWEN..CAM BETUL JE..

Salam. n Salam 1 Malaysia..

Entri kali ni..cheq ceduk dari email yang sepupu cheq hataq kat cheq tempoh ari...cam betui je kan??apa2 pun jom layanzzz...

Sebelum Tido:




6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah ya, mmmuahhhhh.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!



Pakai Toilet:

6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Lama lagi ke ke kt dalam nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pi lah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:


6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang...
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..




Dating process:


6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???


Pulang Kerja:


6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??


Hadiah (ulang tahun):


6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah.
6 tahun: pakai duit u sendirilah apa yg U nak.. i takde duit.




Telefon:


6 minggu: Baby, ada org call u nih..
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!


Masakan:


6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:


6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh?
6 bulan: Hati-hati la, nanti jatuh tuh..
6 tahun: Orang dah ckp byk kali pon tak paham!!




Baju baru:

6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu..
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???


Merancang Holiday:


6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:



6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-TUKAR BOLE TAK..??


nota pat-pat siku lipat : betul ke cmni?? (*_*)

Wednesday, November 3, 2010

HAPPY DEEPAVALI TO ALL INDIAN FRIENDS..




  From: Nolida Shaazlin, Hajarul Aswad N Ameer Ashraff




Friday, October 29, 2010

BERPINDAH RUMAH JUGA AKHIRNYA...

Hi and Salam..


Lama juga cheq tak mengupdate blog..bukannya apa..cheq sibuk pindah rumah..pada 3/10/2010..untuk makluman cheq dapat tawaran kuarters kat Putrajaya sebelum ghaye hari tu...sedey plak nak tinggalkan umah sewa yang banyak berjasa ..selama 3 tahun bertapa kat situ..sejak kawen, mengandung ,bersalin dan ameer dibesarkan kat situ..banyak kenangan manis yang tidak boleh dilupakan..jiran-jiran yang baik hati...tapi nk buat macam mana, untuk masa depan anak,untuk keselesaan kami 3 beranak so terpaksa pindahla...lebih baik tinggal kuarters dari tinggal umah orang..lebih jimat dr segi kewangan..ni gambar umah aku yg stay 3 tahun dulu n umah baru..kuarters yang cheq dapat ni dh lama tunggu..setahun dh..atas usaha ..alhamdulillah dapat juga la..kuartes ni digelar rumah pensel sebab rekaabentuknnya memang mcm  pensel..streamyx pun dlm proses pemasangan..
SmileyCentral.com
 ni umah yang aku tinggal selama 3 tahun selepas kawen n beranak pinak

ni plak kuarters bertaraf apartment..ada orang OKU juga stay kat sini

nota pat-pat siku lipat: moga 2 rezeki bertambah apabila tinggal disini..

Tuesday, September 28, 2010

MY BIRTHDAY 28..

Salam N Peace to all..



Hepi birthday to me...
hepi birthday to me.
hepi birthday to me...
hepi birthday to .me....clap..clap




Happy Birthday Comments




Alhamdulillah, 28 sept 2010, genap sudah 28 tahun umur aku. Terkilan gak la tak dapat kluar p celebrate ngan seseorang, tapi nvm la nak wat cane…huhu…
Trima kasih kepada yg wish birthday kat aku; yang call, antar msg, antar ucapan kat fasebuk, yg ym dan lain2…haha..ingat gak korang birthday aku ek…makasih lg sekali, aku appreciate sgt2;)

n then aku dpt hadiah dr kawan sekerja aku..huhuhu..nakalnya..nk tau tak apa bendanya..


nota pat2 siku lipat :tau kan apakebenda ni..huhuhu

Thursday, September 16, 2010

ERTI KASIH SAYANG..



SALAM..

Ni  saya nak coretkan sesuatu kat blog ni..gambar ini saya dapat dr email seorang sepupu saya.Tgk mat salleh nie....dpt anak tak sempurna pun usaha gak nak bagi hidup sampai beso.tapi mangkuk-mangkuk laknat kat Malaysia ni, dapat anak comel2 pi buang macam sampah..so mangkuk2 kat malaysia ni..amiklah gambar ni jadikan pengajaran yek..


 

 
 
nota pat-pat siku lipat :Lepas tengak gambaq ni adalah mustahil janin boleh hidup ...but kuasa tuhan tiada sapa yang dapat mengatasinya...

Wednesday, September 8, 2010



Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua kawan-kawan yang mengenali diri dan keluarga ini...jika ada apa-apa ter secara sengaja atau tidak harap maafkan.Berhati-hati dijalan raa dan Selamat Pulang ke kampung halaman bersama-sama keluarga tersayang

Ikhlas dr..


Nolida & Keluarga





Tuesday, August 31, 2010



   Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia Yg Ke 53 Buat Pembaca Blog nolida............

nota pat-pat siku lipat : Semoga malaysia aman n makmur selamanya

Selamat Tinggal Alice

Geng yang selalu kuar makan sama-sama..ada lg kawan lain..ustazah,emily,norlina,ct,zurin..rindu la kita orang kat makcik ni..
Nolida n Alice
Hari terakhir Alice di HPJ-Jabatan Anestesiologi

ni la kawan yg dah setahun kami kenal..sama fresh taun tu..kawan yg menerima segala kekurangan aku..thanks alice ...jgn lupa kami kat sini bila balit Sarawak ya...ye makcik..
SmileyCentral.com
nota pat-pat siku lipat ; ni la mak cik alice...

Tuesday, August 17, 2010

GELAGAT AMEER.....

Dalam bulan ni memang aku bz..bz sesangat, keje,anak ,prepare sahur...tak menang tgn dah..2 minggu yang berikutnya...ameer lak tak sihat tapi aktif..dua kali jumpa doktor dan yang kali kedua doktor di HPJ amik darah semalam (yg hairannya...time doktor amik darah , tak de la dia meraung sakit atau menangis..selamba aje dia...sampaikan nurse pun hairan kata budak2 lain menangis bila amik darah tapi ameer cool aje...budak kuat semangat ni..;-)

But syukur bertambah sihat..

Time ni aku rakam aksi dye yang mcm2.makin besar makin panjang akal....tempoh hari disebabkan panjang akalnya  aku hampir jadi "clown" huhuhuhu....

Antara aksinya.........



 pantang nampak baby tak kira baby saper2 ke..asyik nak kis..kis aje la...sampai kata baby...ni dia kiss anak sepupu aku...


yang ni lak...

 time ayahnya bawak kete..dia pun nyibuk2 gak...

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan dan Selamat beribadah

Salam & Salam 1 Malaysia..

 Di bukan yang mulia ni,penulis mengucapkan Selamat Berpuasa Dan Selamat Menunaikan Ibadah..Semoga Segala amalan kita diberkati..

ramadhan

Sunday, June 20, 2010

Bujang 4 hari..& Happy father's Day

 hi...




Happy Holidays

Baru-baru ni aqu mohon cuti 2 hari bermula 14-15 Jun 2010....

lagipun cuti skolah aku mik peluang bercuti..taun ni aqu lom amik cuti lagi so taun lepaih pun cuti aqu tak abis lagi..so di bawa ke tahun ni..manyak la cuti...aku bercuti lepaih dapat green light dr en hubie..


Cuti kali ni aku nk abes kan masa dgn buah hati aku....perkembangannya amatlah pantas..dah boleh cakap dah..becok aje mulut comelnya bertanya..

Pergi Ekpo seberang Jaya, ke tempat pemeran..lembu ,reban ayam ,mula la mulut comelnya mengeluarkan bunyi..sambil memetik jari keciknya memanggil ayam/lembu tu...





ni pula masa nak pilih toys nya...nak tau dipilih apa???

aisey bapa borek anak rintik...Roll


Yang ni plak time tengok arnab mulut keciknya mengeluarkan bunyi miau..miau...ingatkan kucen ..sebab bulunya macam kucen gak la..
Yang ni plak time jumpa maskot bluehyppo..mula2 ok ja..lepaih tu takut...


Ameer gak dh pandai bergaya..kalau pakai tak bukak la dia...ni la aksi dia..



Dan tidak lupa heppy father's day buat ayah,papa,daddy,abah,atok atau ....
yang telah menyayangi,berkorban, demi seorang anak...

Father's Day 2 
nota pat-pat siku lipat: tak sabo menanti Ameer balik KL..miss u..