Thursday, December 9, 2010

KURSUS BTN...

Salam pembaca blog sekalian..

Dah lama tak meng update blog ni..sibuk???ntah....

tarikh pi kursus : 29-30 N0vember 2010

kali ini aku nak habaq pasai   kursus SSM dibawah Birotatanegara.Semua penjawat awam maklum, SSM ini sebenarnya Sistem Saraan Malaysia PTK 1. tapi saya menyertai kursus ini selama 2 hari sahaja sebab program ini dianjurkan khas untuk penjawat awam yang kurang upaya atau menghidap penyakit kronik/serius. Manakala yang lain 5 hari tapi yang bestnye penuh adventure dan berpeluang tgk cerita "Hati Malaya"  (info dari kawan-kawan yang telah menyertainya..)

Kursus ini berlangsung selama 2 hari..Pada hari pertama pendaftaran,seramai 30 orang OKU (jangkaan aku je la) menyertainya.Oku pendengaran 5 orang, oku buta ramai juga la..yang berkerusi roda 3 orang dan  cacat kaki 4-5 orang..Yang paling aku kagum ialah OKU Buta, mereka semua belajar sampai U dan menjadi pendidik di UPSI, di ofis ini jugalah aku berkenalan dengan OKU Buta dimana tempat mak saudaraku bekerja dulu sebagai PPM di Sek Pendidikan Khas Alma.

Selepas itu, kami dibahagikan kepada 2 kumpulan,  kumpulan aku, deaf seramai 5 orang fasilitatornya ialah En Maamor Saad.

Dipendekkan cerita.. 
Sepanjang 2 hari berkampung di Pejabat BTN, banyak yang telah kami pelajari iaitu Kontark Sosial, Realiti Politik Dan carta Corak Pemerintahan malaysia, Kerajaan dan Kedaulatan, Perlembagaan negara (yang selama ini memang tak pernah baca), Tanah Air dan rakyat...

Hari terakhir kursus, kami diberi ujian sebanyak 60 soalan untuk kumpulan sokongan 2 dan 40 soalan untuk kumpulan sokongan 3. Aku gred N17, kumpulan sokongan 2, boleh tahan juga  soalannya, 60 soalan yang berkaitan dengan sejarah malaysia...(maklumlah aku minat sejarah semasa tingkatan 5 dan dapat kepujian dalam paper sejarah)

Aku tak sempat snap gambar sebab 2 hari tu penuh dengan jadual..semua peserta diberi cenderahati berupa...


                                                                          Cenderamata

Tag Peserta yang aku pakai sepanjang kursus





nota pat-pat siku lipat :  Kursus tu walapun dalam bangunan, tapi pebug dengan informasi dan ilmu yang penuh di dada...

No comments: