Monday, December 28, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Selamat Tahun Baru 2010......



Lagi 3  hari lagi kita akan menginjak tahun baru 2010...
Azam tahun baru saya..

1.Menabung untuk no 2....(insyaallah)..
2.Tambah amal ibadah
3.Mahu sahkan segera jawatan saya DLM SPA...
4.Mahu beli laptop..(insyaallah)

Azam tahun lepas..

1.baby no 1...(syukur 2 tahun menanti lepas miscarriage...)

nota pat-pat siku lipat :Moga2 semua azam tercapai..amin..






JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes
Happy New year Comments

Thursday, December 24, 2009

Merry Christmas And Happy New Year 2010

Hi There ...

To all my christian friend...



JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes
christmas Comments




Merry Christmas And Happy New Year 2010....



From...

My Family...

Thursday, December 17, 2009

Mesyuarat Agung Hantu-Hantu Kebangsaan

Ni i dapat dari i blog iaitu Halaqah net...lawak tak...jom layan....


Mesyuarat Agung Hantu-Hantu Kebangsaan








SUATU MALAM di bulan puasa, bertempat di sebuah tempat yang dirahsiakan kerana tidak diketahui oleh manusia tentang logistik sebenarnya, para hantu mengadakan mesyuarat agung tahunan mereka sempena kedatangan bulan Ramadhan Al-mubarak. Lantaran pergerakan dan tidak dapat bergerak bebas, para hantu mengambil kesempatan bulan puasa untuk mengadakan mesyuarat agung di samping bartanya khabar antara satu sama lain. Dalam keadaan berantai kaki dan tangan, para hantu bersusah mengadiri mesyuarat di ruang seminar yang juga tidak disahkan kedudukan sebenarnya. Mungkin juga lebih hebat dan prestij berbanding mesyuarat agung parti-parti politik dalam negara atau mungkin juga tak seberapa memandangkan tidak dapat bergerak bebas.







Sebagaimana organisasi parti-parti politik atau persatuan yang ditubuhkan oleh manusia, pertubuhan hantu-hantu kebangsaan juga mempunyai carta organisasi tersendiri. Selaku hantu yang paling besar dan popular, hantu raya dipilih menduduki kerusi presiden meskipun dicabar oleh pontianak. Timbalan presiden disandang oleh hantu penanggal. Naib presiden pula dijawat oleh jembalang, pocong dan pontianak. Setiausaha agungnya ialah pelesit. Manakala bendaharinya pula ialah toyol. Polong pula menduduki kerusi pengerusi tetap. Sementara langsuir, hantu galah, hantu kopek, hantu bungkus, hantu golek, antu air dan hantu lampor pula merangkap ahli jawatankuasa. Tidak keinggalan drakula, vampire dan hantu Jepun yang datang sebagai pemerhati. Namun pada tahun pemilihan jawatan tidak diadakan kerana sudah diadakan pada tahun lalu.







Setelah hantu raya merasmikan miesyuarat dan membuat ucapan pembukaan, membentang penyata mesyuaat tahun oleh setiausaha dan pembentangan laporan kewangan oleh bendahari, maka tibalah giliran para hantu melaporkan tugas dan ketidakpuasan hati berkenaan tugas serta tangungjawab masing-masing.







"Siapa yang mahu mulakan pemtentangan laporan dan usul kali ini?" ujar polong selaku pengerusi tetap.



"Aku dulu, tuan pengerusi!" laung langsuir seraya mengangkat tangan dan berdiri.



"Silakan... tapi bercakap tu biar bersopan sikit. Gunakan bahasa mesyuarat. Jaga sikit status kita sebagai hantu yang sopan-santun dan berbudi bahasa. Kau kan hantu wanita. Silakan, lang..." tegur polong.



"Maafkan saya, tuan pengerusi. Sebenarnya aku... ops! Sebenarnya saya dah fedap nak jadi hantu lagi. Saya fedap sebab manusia macam dah tak gerun lagi kat aku. Ahh! Payahlah nak cakap saya-saya ni! Manusia bukan saja tak gerun kat aku tapi berebut nak sumbat aku dalam botol sebab nak glemer masuk dalam paper. Dah tu pulak aku mengilai macam nak rak pun manusia buat dek je. Suara aku mengilai dah tenggelam dengan bunyi ekzos motor yang berlumba haram. Langsung aku tak boleh nak cari makan sekarang ni. Nak-nak lagi kat bandar. Sehinggakan nak beza perempuan pun susah. Sekali tu aku ingatkan nak hisap darah perempuan ngandung, rupanya mat rock yang berambut panjang dan perut boroi. Konfius aku dibuatnya. Jadi..."



"Stop! cukup setakat itu, lang. Masa tak mengizinkan. Kita beri peluang pada hantu lain pulak, okey? Next...!' pintas polong selaku pengerusi tetap kerana bimbang usul negatif langsuir itu mempengaruhi minda hantu-hantu yang lain.



"Saya! Saya... tuan pengerusi!' jerit toyol mengangkat tangan sambil terloncat-loncat untuk menarik perhatian pengerusi tetap.



"Silakan, yol!"



"Terima kasih , tuan pengerusi. Yang berbahagia tuan presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden, setiausaha, ahli jawatankuasa..."



"Tak payahlah ikut protokol sangat, yol. Buang masa je protokol ni. Teruskan dengan laporan dan usul anda," celah polong.



"Baiklah, tuan pengerusi. Untuk pengetahuan tuan pengerusi dan presiden, saya bercadang untuk meletak jawatan sebagai bendahari. Saya bimbang kalau-kalau tidak berupaya memikul amanah. Tuan pengerusi dan presiden faham-faham sajalah tugas dan peranan saya sebagai toyol. Kerja saya mencuri duit, bukannya menjaga duit. Jadi saya takut kalau-kalau tercuri duit persatuan. Seperkara lagi, saya sependapat dengan langsuir dan bercadang untul berhenti dari jadi hantu. Lagipun khidmat saya sudah jarang digunakan oleh manusia. Tambah pulak sekarang ni manusia lebih cekap mencuri dan merompak berbanding saya. Saya curi ikut person dan secara kecil-kecilan saja tapi manusia merompak secara besar-besaran. Dah tu siap guna senjata api dan ada yang sampai bunuh membunuh. Jadi..."



"Cukup, yol! Masa dah habis. Next.." Sekali lagi polong terpaksa memotong usul yang dikemukan oleh toyol sebagaimana yang disampai oleh langsuir sebentar tadi.



"Saya, tuan pengerusi...!" sahut pontianak sambil melonjakkan tapi tak terdaya untuk melonjak tinggi kerana dibelenggu rantai.



"Silakan, pon."



"Terima kasih, tuan pengerusi. Sebenarnya saya masih kecewa kerana kalah besar dalam pemilihan jawatan tahun lalu. Saya tak faham kenapa hantu-hantu sekalian memilih hantu raya padahal saya lebih popular. Kisah saya ada dalam filem manusia dan lagu pun ada..."



"Nanti dulu, pon! Saya rasa masalah awak tu lebih bersifat kepentingan peribadi. Kita beri peluang pada hantu lain, okey?.'"sekat polong.



"Saya, tuan pengerusi!"



"Tunggu dulu, tuan pengerusi. Saya belum habis cakap lagi," pontianak meninggikan suara dan cuba menghalang pelesit dari merebut gilirannya meluahkan perasaan.



"Berilah dia peluang," hantu raya selaku presiden menggunakan kuasanya untuk membenarkan bekas kekasihnya meneruskan bicara.



"Baiklah, presiden. Teruskan, pon..."



'Terima kasih, tuan presiden. I love you. Sebenarnya saya dah malas nak jadi hantu lagi. Manusia sekarang dah tak takut kat hantu lagi. Mereka lebih takut pada lembaga. Bukan lembaga hantu tapi Lembaga Hasil Dalam Negeri. Waran tangkap kesalahan trafik pun mereka takut. Lagipun buat apa nak jadi hantu lagi sebab manusia sendiri pun dah macam hantu. Ada yang jadi hantu judi, hantu mabuk, hantu perempuan, hantu dangdut, hantu..."



"Dah! Dah! Cukup...! Sekian saja mesyuarat kita kali ini. Dengan ini saya..."



"Tunggulah dulu, tuan pengerusi. Saya pun fedap jugak jadi hantu!" jerit pelesit yang tak puas hati kerana tak berpeluang meluahkan isi hati. Namun polong tetap menamatkan mesyuarat bagi mengelak sekalian hantu bersepakat untuk mogok daripada terus menjadi hantu.



"Tuan pengerusi! Giliran saya camne, tuan pengerusi? Tuan pengerusi...!!!"



"Tuan pengerusi...!!!"







nota pat-pat siku lipat:psstt: semua di atas sekadar hiburan shj. tidaakk ada kene mengena dengan sesapa yg lain....hehehe

Friday, December 11, 2009

SAAT KELAHIRAN....

haaaaa...sambung tajuk tadi....

ROTFLFemly aku datang bercuti..mereka nak ke pahang..sehari dua..peh tu ke cheras,,umah mak sedara ku...aku mengidam nak kepok lekor..so mak aku belikan..aku jumpa mak aku kat cheras..mak aku bising2 apasai tak pakai baju preggy...aku suka pakai baju yg biasa kau pakai..aku pun jawab la..ala ..rugila beli baju preggy..pakai pon kejap jea...lepas bersalin terus dikebumikan dalam lemari pakaian ....esok harinya mak aku balik penang..aku pun tgk diriku kat cermin n perasan kaki ku mula bengkak..aku pun sms le kat mak aku .."mak..kaki bengkak cam gajah"heheheh..mak aku jawab "oii..jgn memain..tu salah satu tanda nak bersalin...tidak pula kutahu nak bersalin..sebab due date aku jauh lagi...Rancang cuti krismas balik BM bersalin n pantang kat sana..mak aku sediakan bantal,tilam n barut utk bby ku..maklumla   cucu sulung..excited le parets ku..aku kata jgn le kuar sekarang..bulan 1 le..mak sedara aku pun preggy..kandungan dia beza sebulan je dr kandungan aku..macam 2 le kami borak..hehehe n aku tanya soklan bodo..sakit tak bersalin???mak sedara aku kata sakit..bila baby kuar sakit pon dh ilang..Masa tue..kawan aku Ct merangkap ex-hsemate masa bujang dlm labour room HUKM kat kelantan..due date dia memang bulan 12...bila dia selamat bersalin aku pun tumpang gembira..

Saat Kelahiran..19 Dis..aku masih tak rase apa2 pun..kontraksi pon x..cuma kepenatan yg terlampau..malam tu aku wat2 kerja ..cuci baju baby yg baru beli...kemas umah..beg2 persediaan bersalin pon dh siap..

Aku pi kerja kat tempat kerja hubie ku...ntah cam ne ..jam 9.00 aku merasakan ada cecair kuar..tapi rasa tak sedap ati..nak nagis pun ada.aku tanya makcik cafe..dia kata air mentuban tu..
Kawan2 semua mencari hubie ku...rupe2 dia tetido kat ofis..semua geng panik dgn aku..so
so hubie ku minta jurubhasa ada ke patut depa suh aku gi klinik biasa check2..dulu..aku tak mo buang mase  terus gi spital Putrajaya..check2 betui le aku nak bersalin..bukaan 2 cm..tapi x rase apa2 pun..jam 12.30 aku rase sakit tapi tak teruk..acam senggugut..jam  1.30 sakit kuat.mcm senggugut gak tapi kuatnya..sat2 ada sakit sat2 tak de..macam makan biskut chipsmore gitu..bayangkanlah sakit2 kuat..peh tu doc ckp pun tak faham..aku ni kan OKU pendengaran....Jurubahase plak tak de..dalam keadaan sakit kena gak tulis kat kertas dgn doktor.jam 2.00 check lagi..bukaan dh 3 cm..dokt menulis kat kertas n kate jam 3 pi bilik labour..huhuhu cepat betui..jam .yg lawaknye..pampers belom lagi beli..mujur le nurse yg baik ati teman hubie ku pegi beli kat kedai spital ni...peh tu jumpa aku kat L&D..

JAm 3.30 petang..syukur..3 kali teran..tahap semput coz tenaga x de..makan pg 2 keping roti je..hero ku dh lahir..perasaan aku nangis ade la..sedih tgk baby tu mennagis..saat baby lahir n letak kat perutku rase sedih n sayu..aku tak tau abg sepupuku tunggu kat luar nak tlg azan tapi cari2 tak jumpa..terpaksa le doct lelaki bernama "DR FADZLUN ABAS "azankan baby ku..coz hubie ku OKU gak..hehehe..tg doktor yg sambut kelahiran bayiku plak..DR SUMITRA.Mak aku baru je dtg kl mingu lepas s dpt tau aku dh selamat gaya formula one memecut dr P.P ke Hospital Putrajaya nk jenguk aku..

Bermulalah episod aku jd seorang ibu..sebulan pertama tensen sungguh..bayi ku nangis waktu malam nak susu,but aku tido dh tu x dengra..ka aku ni OKU Pendengaran.plak..rungsing hatiku walaupun penuh amazing..akhirnya masalah aku tu selesai dgn hanya tido posisi "T'..

korang agak2 le apa itu POSISI " T"...ct n aku bersalin bulan yg sama walaupun dia preggy dulu...aku sebenarnya due date 15/1/2009..baby ku tu tak sabo2 kuar nak main dgn amani anak ct so dia pun kuar le 19 Disember 2008.tak ready betui aku kelam kabut....sekian The End...


2 jam lepas bersalin.. berat 2.45 kilo..siap rekod ditulis pen merah..

  
 Lepas lahir mata dia dah buka... lalalala


 
Ni le gambo Amani..anak kawan serumah aku masa bujang..umur 1 st day..lahir seminggu sebelum anakku lahir..


ni pun anak kawan hubie aku..lahir bulan 12 gak le...25 dis. 2008..seminggu lepas tu die plak kuar..huhuhu..mcm berpakat je.. kata maminya due date bulan 1 same dgn aku..tup2 25 Disember..lawak sunggih...dia pun kelam kabut sebab tak jangka bersalin awal sebulan...



nota pat-pat siku lipat:pjg2 aku taip nanti korang bosan plak..apa2 tanya je aku..

SEPANJANG KEHAMILAN...N KELAHIRAN

chak!!!!!!!!!!!!!allop semua..Rollsekarang barulah nolida berpeluang meceritakan pjg lebar kehidupan nolida ni..ni nak citer sket pengalaman kehamilan..khas untuk wifey ,bakal menimbang anak dan sewaktu dengannya

sy berkhawin 1 jun 2007...bulan 12 kemudian sy disahkan hamil 6 minggu..pada mulanya sy x datang ABC selama seminggu..but was was gak la...so sy sendiri gi beli pregnancy test kat farmasi...tapi test dia kabut la..line 1 terang line 2 kabur plak..tak pueh hati ..test lagi..kali ni beli yg mahal skit...clearblue...wawawwa kompom  betul PO+..but...masa yg sama sy ada problem kesihatan..akan menjalani excision biopsy at my breast...tarikh dah tetap..28 Dis...masalahnya doc tak kasi operate coz tengah hamil..tension gak le...mana la tak tension..kalau tak operate bimbang jadi kanser ke apa2 ke.stress la gak...uish...entah cam ne sy keguguran 6bermula dgn tompok darah kecil keluar..ptg tu gak pi spital serdang..kompom la gugur...doktor nampak ketulan darah,.belum apa2 bentuk lagi..rupanya tu le janin..macam darah ABC je.doc masukkan dlm botoi specimen dn dibawa pergi..hubby ku dapat tau..sedey je dia..kata doc jgn bimbang..1 st hamil memang cam tu..rezeki x ..Lepas itu,sy kompom menjalani pembedahan disebabkan sy keguguran..selesai 1 masalah

6 bulan.kemudian...

Sy disahkan hamil..tu pun selepas sembuh dari biopsy tersebut..pembedahan breast sy tu lump dia dh buang..sy sendiri nampak lump tu doc masuk ke dlm botoi specimen..bentuk bulat warna putih...(gambo x dpt amik masa tu x hp berkamera belum beli lagi)

Hubie punya le gembira...Kissesaku disuruh rehat n tak buat kerja berat..mula la trimester pertama aku mengalami loya..peh makan muntah..sat sat uwekk sat sat uwekkk..ubat mabuk yg doc bg tu x berkesan..so nasi putih n sup ayam je yg boleh telan disamping "breakfast Budak2"kata emakku...RollRollRoll

suamiku la yg jadi penenang n sabo melayan ragamku..dia la pelayan..dan dari situ la dia jadi nenek kebayan..(suka berleter) mungkin sebab risaukan aku n kandungan ku takut keguguran lagi la) mula dari  situ gak rutin aku setiap bulan check up kat gov clinic...yg tak beshnye kena amik darah la...bagi air glukos la...ujian air glukos tu la wat heroku dlm peyut tak gerak2 sehari..riso pun ade..suamiku outstation lagi le dia bimbang sampai suh kawan tido kat umah wat peneman..tiap2 malam asyik ke toilet..dh tu 3 bulan le dapur tak berasap..aku x langsung hidu bau masakan..kesian hubi ku..makan kedai je la..DOC dh kira tarikh due date aku ialah 15 January 2009...kiranya bby tahun baru le ni...best nyee...dalam hati dup dap dup dap sebab macam mana le sakit bersalin..mak aku bagi tips baca surah2 semasa hamil lepas semayang..so aku pun amalkan le..

Trimester 2..


 Trimester akhir- 8 bulan..dh tak larat lagi dah
 
masa sehati ke studio sehati berdansa..kandungan ku 7 bulan


Penuh amazing...kandungan 4 bulan..heroku mula bertinju perlahan2 kat dlm rahimku...aku dapat rasa..mula dr situ le selera aku bertambah tapi badan tak naik-naik..uish...apasai ha...perut je naik..masa check up tgk pompuan lain pyutnya beso..aku je yg kecik..uish konpius sungguh..aku gi klinik tanpa ditemani hubie..mungkin kat skolah dulu jadikan aku pompuan yg tak suka bergantung sgt kot..lebih berdikari..ni le gambo aku time hamil..yg tak hepi nya hubie aku plak sakit..sakit pembawa budak katanya...jenuh le aku berulang alik spital putrajaya..disebabkan aku tak larat..jadinya bermalam le aku kat spital tu seminggu berturut2...

Trimester akhir..

Nak tau tak citer..sepupu aku kawen bulan 11...dh rancang dgn hubie balik bersama..ntah cam ne tetiba cuti dia dibekukan..aku beria2 nak balik gak..pandu 2 jam ke perak seorang diri..so dgn berat hati hubie ku benarkan..tawakal je la aku pandu kereta.jam 5 pg aku bertolak pandu sensorang selama 2 jam dan syukur aku selamat..masa tu semua brg2 baby dh prepare cuma tinggai pampers n keperluan peribadi bby je blom.

Due date jauh lagi... family aku datang masa tu bulan 12..aku bawa femly aku gi jenjalan kat putrajaya...n sekitar kl peh tu family aku pi pahang..nanti tau apa berlaku....tunggu tajuk seterusnya...

Monday, December 7, 2009

PROGRAM MINGGU NI..

SABTU-5 DIS 2009

Majlis Perkahwinan Gilang Gemilang The End OF The Year Zan QIS..One Malaysia punya wedding..huhuhu..(Cina melayu wedsa la ni) time yg sama Hari OKU..dapat le liputan yang meluas masuk semua media...dahsyat sungguh..Malam jumaat aku,hubie,asyikin,zaine gi Dewan Bakti KAT TTDI aAmansara  siap2 apa yg patut..lewat mlm jam 12 baru balik..Sabtu pagi pegi lagi..jam 8...ni dia gambo yg dapat masuk tv...





 CICIKGURL (nama samaran kat FB) with ameer

Jam 6 petang baru balik...


AHAD-6 DIS

KAK Zuraidah nak kami pi RTM ari ni sempena Hari OKU..Segmen 'APA KATA WANITA'..kami masuk studio RTM..(Studio yg selalu aku lepak antor kak z pi rtm masa die duty intp rtm)live TV plak tu...Sebelum ni aku pernah masuk studio rakaman astro untuk WAkil Malaysia Federation Of The Deaf untuk segmen sehati berdansa..Kami pi Studio Rakaman tu semua terdiri dari grop pompuan2...kiranya merdeka la kami hari tu coz semua anak2 hubie masing2 jaga..so boleh dikatakan bujang sehari...Na-na-na-nakami pun lepas abis jer program tu pergi JOM HEBOH kat B.JALIL..mak aiii..panas gila...terbakar kepala aku...balik rumah terus terbongkang sebab tak tahan pening kepala..aduiiii..Pouty


ni le dia citer aku untuk minggu ni..

nota pat-pat siku lipat:best gak la minggu ni...n gambo kawen ni amik dr FB n gambo RTM plak ihsan dari Cicikgurl Pinky..(JBI JUNIOR)